Khamis, 20 Mei 2010

Di antara dua jalan

Aku buntu. Penat. Berperang dengan diri sendiri. Idea yang kononnya waktu sebulan dua selepas habis belajar sebelum kerja ini haruslah digunakan sehabis habisnya untuk berehat adalah idea karut. Sepatutnya waktu macam ni hendaklah dirancang dengan baik agar dapat membuahkan perkara yang baik baik. Ini tidak. Malahan, akibat gagal merancang, ia memakan diri pula. Cilake betul.

Nasib baik juga ada peperangan. Tak adalah menyerah kalah mengibarkan bendera putih begitu sahaja. Walaupun dalam peperangan ini rasa rasanya memang lebih banyak kalah dari yang menang, tapi diharapkan dari perjuangan yang kecil ini, dari perjuangan yang tidak seberapa ini, akan mencambahkan api kemenangan juga lepas ni. Sekurang kurangnya ada juga ia bertapak di situ. Untuk dikembangkan, dipupuk, dan seterusnya diperkukuhkan lagi sehingga menjadi kuat, utuh dan jitu. Hahahaha.


"korang ni buat lagu memang bukan untuk orang beli kan?"

Tiada ulasan: