Khamis, 23 April 2009

::ekspidisi gunung dato'::

6pm-14th April 2009:hari selasa-merupakan saat melepaskan nafas lega utk kebanyakan budak2 law tahun tiga sebuah unversiti awam tempatan kerana berakhirnya paper terakhir utk final exam bagi semester dua sesi 2008/2009 yang juga menandakan percutian panjang selama 3bulan telah bermula (walaupun tahap kesukaran paper last tersebut yang sepatutnya melegakan hati kami semua tu tidak sanggup aku ungkit atau bayangkan lagi, tapi kami tetap buat2 lega2 jugak).

lepas bukak puasa petang tu aku dan munk teros cuba tidor seawal yang mungkin sebab kitorang dah ada plan baek punye malam tu. walaupun selepas kepenatan menjawab exam selama 3jam + kekenyangan bukak puasa, tapi still aku tak boleh nak tidor lena sgt, sbb hati tak sabar nak tunggu plan baek punye yang pada asalnye hanya aku, munk dan abe yang konfirm, tapi disebabkan promo dan strategi yang mengancam, akhirnya plan baek punye ni telah berjaya menarik kesemua 9orang untuk turut mengjoin termasuk fairuz yang konfem nak join semasa nak masuk dewan exam petang tu dan syahril hanya beberapa minit sebelum kitaorang bergerak...



watak2 yang telah menjayakan plan ni:fairuz,cek,acot,along,munk,abe,syaril,rozi dan sab

malam tu kitorang gerak dari pintu gerbang Universiti kitaorang tepat pukol dua belas tengah malam(15/4/09). kereta kereta yang terlibat adalah kereta abe dan kereta along.kemudian kami teros singgah menikmati air buah di sebuah kedai air buah gelas besar berhampiran pasar keramat


perjanan jauh ke rembau memerlukan langkah2 keselamatan di utamakan seperti mengepam tayar yang pancit terutama sekali apabila membawa penumpang-penumpang yang boleh membuatkan kereta anda seolah-olah sudah overloaded : acot menunjukkan teknik2 yang betol untuk mengepam tayar kepada abe dengan mengunakan pengetahuan yang diperolehinya sewaktu ceramah lesen 'P'

kami meneroskan perjalanan ke rembau. kira2 pukol 2:30 pagi kami telah tiba di daerah rembau, namun sedikit kekeliruan timbul dalam mencari simpang masuk ke hutan lipur gunung dato', tapi akhirnya masalah itu dapat diselesaikan dan kami telah tiba tapak pendakian Hutan Lipur Gunung Dato pada pukul3 pagi.
memutuskan utk memulakan pendakian pada pukol4 pagi kami lepak2 dulu di sebuah pondok berhampiran yang disediakan di situ sambil mengisi perut yang kosong dengan sandwich tuna




sab dan rozi telah di lantik menjadi pembuat sandwich tuna rasmi xpdc dan telah menjalankan tugas mereka dgn baik dan penuh dedikasi sepanjang program pendakian berjalan.hahaha.

jam berdetik tepat pukol 4pagi,setelah melakukan warm-up&stretching, kami memulakan pendakian.abe yang telah dilantik sebagai guider kitaorang(berdasarkan pengalaman beliau yang telah tiga kali memanjat gunung datok) telah menerbitkan sedikit kekhilafan berkenaan track yang sepatutnya kami lalui. setelah mendapatkan pandangan daripada rozi(ahli Kelab Adventur UIA yang jugak banyak pengalaman memanjat gunung), kami memutuskan untuk memilih track yang disusuri dengan tali berwarna merah,menurut rozi:tali ni biasenye digunakan sebagai panduan untuk track peserta2 pertandingan race panjat gunung.
dalam pada itu kami masih tidak terlepas untuk mendapatkan update score result champions league di antara chelsea dan liverpool (chelsea menang agregat 7-5) daripada SMS-SMS yang di hantar daripada raden dan farid kepada acot dan syaril respectively.

pendakian diteroskan, hujan yang pada mulanya renyai2 kini lebat menyebabkan track menjadi agak licin dan membuatkan pendakian kami lebih sukar dan mencabar ditambah lagi dengan keadaan hutan yang gelap.berbekalkan beberapa torchlight dan head lamp, kami meredah hutan dan meneruskan pendakian.kira-kira 15minit mendaki,cermin mata along terkena ranting lalu terjatuh dan hilang di bawa arus air hujan yang menyelusuri track.ianya benar-benar menguji kekuatan mental bagi kebanyakan dari kami yang rata-ratanya adalah first-timer. mujurlah terdapat juga o-timer di dalam team kami seperti rozi dan fairuz(yang pernah memanjat gunung kinabalu selepas beliau habis SPM) sentiasa memberikan moral support dan kata2 semangat kepada semua team member. sekali sekala pendakian terpaksa dihentikan apabila kaki along cramp. sekali sekala juga terdengar suara abe yang bertindak selaku guider:"sikit je lagi ni, sikit je lagi", membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneroskan pendakian.

kira2 pukul 6.45 pagi akhirnya kami telah sampai ke puncak gunung dato' yang mempunyai ketinggian 2900kaki atau 880meter dari aras laut itu. kami teros melakukan solat subuh secara berjamaah yang di imamkan oleh munk dalam keadaan yang masih hujan berkala sederhana.
kami berteduh di sebuah tempat yang kelihatan seperti sebuah gua mini dan sekali lagi menjamu sandwich tuna dan juga beberapa kampit snek twistees untuk mengembalikan tenaga kami setelah penat mendaki.memang sejuk gila masa tu.tak hengat..







setelah hujan telah agak reda, kami lepak-lepak kat atas puncak gunung untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar. kami melepaskan lelah dan merehatkan kaki buat seketika dengan perasaan puas kerana telah berjaya sampai ke puncak. segala penat lelah semasa mendaki tadi dirasakan sangat berbaloi dan perasaan ketika di puncak itu memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. macam bila kau berusaha sungguh2 untuk dapatkan sesuatu .ada halangan pun kau teroskan jugak.kau rase nak give up, tapi kau paksa jugak diri kau, sebab kau teringin sangat nak dapatkan apa yang kau nak tu, dan perasaan masa last sekali ko dapat jugak apa yang kau nak tu kau jela yang tahu.ha macam tula ibaratnya..

















8.45 pagi, kami bersiap-siap untuk turun ke kaki gunung.di pertengahan perjalanan turun kami selisih dengan apek2 dan amoi2 yang tengah nak naek dan hanya memakai seluar pendek(lagi pendek lagi senang kot nak nampak pacat ke lipan ke sedang memanjat kaki kau,jadi lagi cepatla kau dapat membuang pacat ke lipan ke dari badan kau:mungkin ini agaknya teori apek2 dan amoi2 tu)


kami juga terserempak dengan sejenis spesis tidak dikenali dipercayai sedang mengawan. rupanya kelihatan seperti lipan tapi tak macam lipan. kulit luarnya agak keras...

sesampai di bawah kami semua teros berendam beramai2 di dalam arus sungai menghilangkan penat,lelah dan kotoran di badan.feel time tu memang tak tau nak cakap dah.memang gila babi best.puas+power+kool+macho+dan 1001 macam lagi yang power2 dan rilek2..

pukul11 pagi kami gerak meninggalkan tapak pendakian Hutan Lipur Gunung Dato dan menuju ke pekan rombau untuk makan nasi dan seterosnya menuju pulang. plan untuk singgah makan cendol terpaksa dibatalkan kerana kedai cendol tutup pada hari tu

kami pon chow dan mengharapkan lebih banyak aksi2 manjat gunung selepas ni.macam ada ura2 nak buat kelab the hikers??haha.tapi yang pasti gunung kinabalu pulak menanti kitaorang bulan tujuh ni.. err.. dah book guider belom????



para-para pelakon:
fairuz: fairuz zayyani
cek: azrul faidz
acot: syamsul fariq
along/aku: ahmad hafiz
munk: aiman as'ad
abe: hafizuddin bin keshim
syaril: syahril
sab: sabrina
rozi: rozilah

heyy.. thank you guys....!!!

lagi gambar-gambar di sini

Rabu, 22 April 2009

samarinda

duduk dalam opis,radio terpasang,sambil meghadap komputer,sekali-sekala buat keje yang diberi,sekali-sekala maen facebook,dan kwn dgn org2 tua yang masing2 nye dah ada anak, cerita2 pasal anak2 diaorang, hmmm. not bad jugak, kool jgk attachment ni,hmm.cuti ni memang besh, sambil sekali sekala pi'i mengajak swimming di putrajaya atau mungkin epi mengajak pegi gym atau mungkin inisiatif sendiri pegi jogging kat tasek cempaka pas habis waktu opis.. hmm.. mmg nice ah cuti yang dah lama gua tunggu ni.. hak3..