Jumaat, 25 Disember 2009

Astakona Astalabista 26 Disember Tempat Letak Kereta B Stadium Bukit Jalil Tiket Musik Valley RM27


dan semalam itu...
yang ingin aku lari jauh jauh..
membuat aku memilih..
untuk membiar fikiran kosong..

supaya tiada terasa akan saraf saraf ku apa apa..
apa yang tinggal..
yang itulah yang aku masih heret..
dan menjengah ke taman ceri yang asing..

Sabtu, 5 September 2009

almond london is lame.....



balik balik almond london. balik balik almond london. dulu dulu almond london memang glam. tapi sekarang almond london dah terlalu common (koman)kerana ianya boleh didapati hampir di setiap rumah menjelang hari raya. keadaan ini bakal menyebabkan almond london mungkin akan di label sebagai kuih-kuih tradisi sebaris dengan bahulu, semperit, biskut susu, maruku dan batang buruk...

jadi untuk mereka mereka yang inginkan kelainan dan keunikan untuk hari raya, apa kata try little roses choc macam yang kat dalam gambar kat atas tu.barula kool sikit... :)

p/s: selamat menghabiskan hari hari terakhir ramadhan dengan membuat kuih raya dan shopping baju raya.. :p

Rabu, 24 Jun 2009

nak sikit popcorn...



semalam michael bay hantar request kat gua mintak tolong promote muvi dia kat blog gua. ramai orang cakap selalunya second sequel tak se best cam yang first. tapi gua dengar, tokeh tokeh GSC, TGV semua dah kelam kabut sebab tiket tiket dah habis kene book dari hari isnin lagi. cilakak. awal-awal camni mesti full house nye. gua dah agak dah. tapi gua tak risau sangat sebab awal awal lagi megan fox dah belikan tiket untuk gua ajak tengok sama sama dengan dia. apa- apa pun, jangan cakap banyak lagi, jom kita ramai ramai pergi tengok cite ni yang skrip nya ditulis oleh Roberto Orci dan Alex Kurtzman( juga penulis skrip Star trek 2009), kalau tak nanti sikit pulak komisyen gua dengan michael bay dan encik steven spielberg tuh nanti...

Jumaat, 19 Jun 2009

Jangan Kau Berhenti Di Situ

setiap kali kau ke blog cingkok [hey,aku tag beliau di belah tepi kiri tu under 'member-member not need to mention'], kau akan di dendangkan dengan lagu 'we will not go down' yang di nyanyikan oleh Michael Heart.lagu ini didedikasi pada awal tahun lepas ketika israel cilanat sedang menggila menyerang bumi palestina bertubi-tubi. instrumen musiknya pulak diremixkan di antara gitar, gambus dan tabla seolah-olah menggambarkan tradisi barat dan timur adalah sepatutnya di angkat samarata. Michael Heart berasal dari Los Angeles, lahir di Syria, pernah dibesarkan di Switzerland, Austria, Timur Tengah sebelum beliau berpindah ke LA dan bekerja sebagai session guitarist dan recording engineer di sebuah studio musik.

michael heart mendermakan sebahagian daripada hasil jualan lagu beliau untuk kebajikan masyarakat Palestin melalui UNRWA (United Nations Relief and Works for Palestine Refugees in the Near East). beliau jugak takde hal kalau siapa-siapa nak download lagu ni kat intenet sebab beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.apa yang pasti lagu ini telah menyumbang dalam memberi semangat kepada semua umat islam seantero dunia untuk membantu saudara seagama dari apa segi pun. hey, dan kalau kau perasan, kebanyakan kempen-kempen save palestina pada tahun lepas banyak yang pasang lagu ni sebagai background theme. "biar masjid, rumah, sekolah kitaorang di bakar, kitaorang takkan menyerah!!" Allahuakbar!!

The tune for the guitar is 1/2 down

D#------------|
A#------------|
F#------------|
C#------------|
G#------------|
D#------------|

Intro:

Am x4

Am C
A blinding flash of white light
G Am
Lit up the sky over Gaza tonight
Am C
People running for cover
G Am
Not knowing whether they’re dead or alive

Dm Am
They came with their tanks and their planes
Dm Am
With ravaging fiery flames
Dm F
And nothing remains
C G
Just a voice rising up in the smoky haze

F C
We will not go down
Am G
In the night, without a fight
F C
You can burn up our mosques and our homes and our schools
Am G
But our spirit will never die
Am G
We will not go down
Am
In Gaza tonight

Am C
Women and children alike
G Am
Murdered and massacred night after night
Am C
While the so-called leaders of countries afar
G Am
Debated on who’s wrong or right

Dm Am
But their powerless words were in vain
Dm Am
And the bombs fell down like acid rain
G Am
But through the tears and the blood and the pain
C Em
You can still hear that voice through the smoky haze


F C
We will not go down
Am G
In the night, without a fight
F C
You can burn up our mosques and our homes and our schools
Am G
But our spirit will never die
Am G
We will not go down
Am
In Gaza tonight

F C
We will not go down
Am G
In the night, without a fight
F C
You can burn up our mosques and our homes and our schools
Am G
But our spirit will never die
F C
We will not go down
Am G
In the night, without a fight
Am G
We will not go down
Am
In Gaza tonight




nota kaki: Allahyarham Zubir Ali juga pernah kompos lagu 'Balada Seorang Gadis Kecil'. Al-Fatihah. untuk arwah. and to all the martyrs...

Isnin, 15 Jun 2009

kepala hotak diye....

dahla free.. band2 yang perform pulak best2 : couple, the times, seven collar t-shirt, bunkface, bittersweet, pesawat, estranged, one buck short, love me butch, cassandra, pop shuvit dan macam2 lagi..



gracias muachas and salut`e to one buck short and Jack n Jill Rollercoaster...........

Khamis, 23 April 2009

::ekspidisi gunung dato'::

6pm-14th April 2009:hari selasa-merupakan saat melepaskan nafas lega utk kebanyakan budak2 law tahun tiga sebuah unversiti awam tempatan kerana berakhirnya paper terakhir utk final exam bagi semester dua sesi 2008/2009 yang juga menandakan percutian panjang selama 3bulan telah bermula (walaupun tahap kesukaran paper last tersebut yang sepatutnya melegakan hati kami semua tu tidak sanggup aku ungkit atau bayangkan lagi, tapi kami tetap buat2 lega2 jugak).

lepas bukak puasa petang tu aku dan munk teros cuba tidor seawal yang mungkin sebab kitorang dah ada plan baek punye malam tu. walaupun selepas kepenatan menjawab exam selama 3jam + kekenyangan bukak puasa, tapi still aku tak boleh nak tidor lena sgt, sbb hati tak sabar nak tunggu plan baek punye yang pada asalnye hanya aku, munk dan abe yang konfirm, tapi disebabkan promo dan strategi yang mengancam, akhirnya plan baek punye ni telah berjaya menarik kesemua 9orang untuk turut mengjoin termasuk fairuz yang konfem nak join semasa nak masuk dewan exam petang tu dan syahril hanya beberapa minit sebelum kitaorang bergerak...



watak2 yang telah menjayakan plan ni:fairuz,cek,acot,along,munk,abe,syaril,rozi dan sab

malam tu kitorang gerak dari pintu gerbang Universiti kitaorang tepat pukol dua belas tengah malam(15/4/09). kereta kereta yang terlibat adalah kereta abe dan kereta along.kemudian kami teros singgah menikmati air buah di sebuah kedai air buah gelas besar berhampiran pasar keramat


perjanan jauh ke rembau memerlukan langkah2 keselamatan di utamakan seperti mengepam tayar yang pancit terutama sekali apabila membawa penumpang-penumpang yang boleh membuatkan kereta anda seolah-olah sudah overloaded : acot menunjukkan teknik2 yang betol untuk mengepam tayar kepada abe dengan mengunakan pengetahuan yang diperolehinya sewaktu ceramah lesen 'P'

kami meneroskan perjalanan ke rembau. kira2 pukol 2:30 pagi kami telah tiba di daerah rembau, namun sedikit kekeliruan timbul dalam mencari simpang masuk ke hutan lipur gunung dato', tapi akhirnya masalah itu dapat diselesaikan dan kami telah tiba tapak pendakian Hutan Lipur Gunung Dato pada pukul3 pagi.
memutuskan utk memulakan pendakian pada pukol4 pagi kami lepak2 dulu di sebuah pondok berhampiran yang disediakan di situ sambil mengisi perut yang kosong dengan sandwich tuna




sab dan rozi telah di lantik menjadi pembuat sandwich tuna rasmi xpdc dan telah menjalankan tugas mereka dgn baik dan penuh dedikasi sepanjang program pendakian berjalan.hahaha.

jam berdetik tepat pukol 4pagi,setelah melakukan warm-up&stretching, kami memulakan pendakian.abe yang telah dilantik sebagai guider kitaorang(berdasarkan pengalaman beliau yang telah tiga kali memanjat gunung datok) telah menerbitkan sedikit kekhilafan berkenaan track yang sepatutnya kami lalui. setelah mendapatkan pandangan daripada rozi(ahli Kelab Adventur UIA yang jugak banyak pengalaman memanjat gunung), kami memutuskan untuk memilih track yang disusuri dengan tali berwarna merah,menurut rozi:tali ni biasenye digunakan sebagai panduan untuk track peserta2 pertandingan race panjat gunung.
dalam pada itu kami masih tidak terlepas untuk mendapatkan update score result champions league di antara chelsea dan liverpool (chelsea menang agregat 7-5) daripada SMS-SMS yang di hantar daripada raden dan farid kepada acot dan syaril respectively.

pendakian diteroskan, hujan yang pada mulanya renyai2 kini lebat menyebabkan track menjadi agak licin dan membuatkan pendakian kami lebih sukar dan mencabar ditambah lagi dengan keadaan hutan yang gelap.berbekalkan beberapa torchlight dan head lamp, kami meredah hutan dan meneruskan pendakian.kira-kira 15minit mendaki,cermin mata along terkena ranting lalu terjatuh dan hilang di bawa arus air hujan yang menyelusuri track.ianya benar-benar menguji kekuatan mental bagi kebanyakan dari kami yang rata-ratanya adalah first-timer. mujurlah terdapat juga o-timer di dalam team kami seperti rozi dan fairuz(yang pernah memanjat gunung kinabalu selepas beliau habis SPM) sentiasa memberikan moral support dan kata2 semangat kepada semua team member. sekali sekala pendakian terpaksa dihentikan apabila kaki along cramp. sekali sekala juga terdengar suara abe yang bertindak selaku guider:"sikit je lagi ni, sikit je lagi", membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneroskan pendakian.

kira2 pukul 6.45 pagi akhirnya kami telah sampai ke puncak gunung dato' yang mempunyai ketinggian 2900kaki atau 880meter dari aras laut itu. kami teros melakukan solat subuh secara berjamaah yang di imamkan oleh munk dalam keadaan yang masih hujan berkala sederhana.
kami berteduh di sebuah tempat yang kelihatan seperti sebuah gua mini dan sekali lagi menjamu sandwich tuna dan juga beberapa kampit snek twistees untuk mengembalikan tenaga kami setelah penat mendaki.memang sejuk gila masa tu.tak hengat..







setelah hujan telah agak reda, kami lepak-lepak kat atas puncak gunung untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar. kami melepaskan lelah dan merehatkan kaki buat seketika dengan perasaan puas kerana telah berjaya sampai ke puncak. segala penat lelah semasa mendaki tadi dirasakan sangat berbaloi dan perasaan ketika di puncak itu memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. macam bila kau berusaha sungguh2 untuk dapatkan sesuatu .ada halangan pun kau teroskan jugak.kau rase nak give up, tapi kau paksa jugak diri kau, sebab kau teringin sangat nak dapatkan apa yang kau nak tu, dan perasaan masa last sekali ko dapat jugak apa yang kau nak tu kau jela yang tahu.ha macam tula ibaratnya..

















8.45 pagi, kami bersiap-siap untuk turun ke kaki gunung.di pertengahan perjalanan turun kami selisih dengan apek2 dan amoi2 yang tengah nak naek dan hanya memakai seluar pendek(lagi pendek lagi senang kot nak nampak pacat ke lipan ke sedang memanjat kaki kau,jadi lagi cepatla kau dapat membuang pacat ke lipan ke dari badan kau:mungkin ini agaknya teori apek2 dan amoi2 tu)


kami juga terserempak dengan sejenis spesis tidak dikenali dipercayai sedang mengawan. rupanya kelihatan seperti lipan tapi tak macam lipan. kulit luarnya agak keras...

sesampai di bawah kami semua teros berendam beramai2 di dalam arus sungai menghilangkan penat,lelah dan kotoran di badan.feel time tu memang tak tau nak cakap dah.memang gila babi best.puas+power+kool+macho+dan 1001 macam lagi yang power2 dan rilek2..

pukul11 pagi kami gerak meninggalkan tapak pendakian Hutan Lipur Gunung Dato dan menuju ke pekan rombau untuk makan nasi dan seterosnya menuju pulang. plan untuk singgah makan cendol terpaksa dibatalkan kerana kedai cendol tutup pada hari tu

kami pon chow dan mengharapkan lebih banyak aksi2 manjat gunung selepas ni.macam ada ura2 nak buat kelab the hikers??haha.tapi yang pasti gunung kinabalu pulak menanti kitaorang bulan tujuh ni.. err.. dah book guider belom????



para-para pelakon:
fairuz: fairuz zayyani
cek: azrul faidz
acot: syamsul fariq
along/aku: ahmad hafiz
munk: aiman as'ad
abe: hafizuddin bin keshim
syaril: syahril
sab: sabrina
rozi: rozilah

heyy.. thank you guys....!!!

lagi gambar-gambar di sini

Rabu, 22 April 2009

samarinda

duduk dalam opis,radio terpasang,sambil meghadap komputer,sekali-sekala buat keje yang diberi,sekali-sekala maen facebook,dan kwn dgn org2 tua yang masing2 nye dah ada anak, cerita2 pasal anak2 diaorang, hmmm. not bad jugak, kool jgk attachment ni,hmm.cuti ni memang besh, sambil sekali sekala pi'i mengajak swimming di putrajaya atau mungkin epi mengajak pegi gym atau mungkin inisiatif sendiri pegi jogging kat tasek cempaka pas habis waktu opis.. hmm.. mmg nice ah cuti yang dah lama gua tunggu ni.. hak3..