Isnin, 1 Februari 2010

ini cerita tentang passion







Gua bukanlah seorang penggemar anime. Hatta Naruto atau Bleach sekalipun. Kendatipun, Beck memang mempesonakan kerana ia bisa memberi sudut pandangan lain pada nilai nilai anime itu sendiri. Masterpiece masterpiece macam ni la yang Gua cari selama ni.
Mengambil masa selama seminggu untuk di download dengan kelajuan secara purata 10 kbps, Gua memang berpuas hati dengan kualiti pengolahan jalan cerita dan sinematography anime ini juga termasuk pemilihan sound track yang terkandung.
Pendek kata, ini cerita tentang passion. Bila mana kau fokus dengan passion kau, semuanya akan menjadi indah. *smile*